Alan Walker di sebalik topeng, baju hoodie - Utusan Malaysia

Alan Walker di sebalik topeng, baju hoodie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“KENAPA agaknya Alan Walker memilih untuk selalu mengenakan topeng bagi menutupi separuh wajahnya?”

Pertanyaan seperti itu barangkali sering terpalit pada deejay dan bintang Electronic Dance Music (EDM) popular kelahiran Norway yang dilihat selesa mengenakan topeng muka setiap kali membuat persembahan atau tampil di khalayak ramai.

Bukan itu sahaja, Alan juga cukup gemar menggayakan baju hoodie, melengkapkan lagi penampilannya sehingga ada yang menyangka jejaka ‘Mat Salleh’ berusia 26 tahun seakan suka mencetuskan elemen misteri.

Tetapi, jika mendengar lagu dan karya-karya muzik yang diciptanya, tidaklah begitu misteri sebagaimana yang disangka. Bahkan, ada antara karyanya mampu menusuk jiwa jika dihayati dengan baik.

Berpeluang bertemu mata dengan deejay ini baru-baru ini, Pancaindera sempat melayangkan pertanyaan itu yang sebenarnya telah lama terbuku.

Sangat mudah memberikan kerjasama, malah cukup ‘sporting’, Walker menjelaskan, antara punca mengapa dia selesa menggayakan imej begitu adalah kerana mahu membiarkan peminat lebih mengenali muzik berbanding dirinya.

“Mengenakan topeng muka dan memakai baju hoodie, ia adalah sesuatu yang sudah agak lama saya lakukan sejak memulakan kerjaya secara serius dalam industri muzik. Ia adalah pada tahun 2015 dan ketika itu saya berusia 16 tahun.

“Saya juga minat buat pemprograman, rekaan gra k dan permainan video. Bagi saya semuanya sangat misterius. Boleh dikatakan, imej ini diwujudkan sebagai simbolik bahawa semua orang boleh lakukan hal yang sama macam apa yang saya buat.

“Maksud saya, boleh raih sukses walaupun cuma memulakan kerjaya dari kamar tidur. Saya mahu memberikan inspirasi kepada semua bahawa setiap orang boleh cipta kejayaan sendiri dalam industri muzik jika benar-benar ada impian dan kemahuan,”katanya.

Sempat mengusik, adakah dia selesa berpenampilan begitu pada setiap masa apabila berada di khalayak ramai. Sambil tertawa, Alan berkata, memandangkan sudah lama menggayakan imej begitu, maka lama-kelamaan sudah terbiasa.

PUJI ARTIS MALAYSIA

Meskipun sudah mencipta nama seluruh dunia Malaysia, merupakan antara destinasi yang kerap dikunjunginya lantaran kata Walker, dia sering menerima undangan untuk mengadakan persembahan di negara ini.

Berikutan itu, kongsinya lagi, secara tidak langsung, dia juga berpeluang ‘mengenali’ cara orang di sini termasuk menyelak perkembangan muzik tempatan.

Ringan menabur kata pujian, bagi Walker`, ramai kalangan pemuzik tempatan sebenarnya sangat berbakat dan boleh melangkah lebih jauh.

“Kalau ditanya saya siapakah artis di Malaysia yang saya kenal, terus-terang saya tidak kenal. Tidak begitu ramai yang saya tahu namun sejak seringkali datang ke sini, apa yang saya lihat, ramai juga dalam kalangan artis lokal yang bagus-bagus.

“Apabila berpeluang mengadakan persembahan di sini dan ada artis lokal yang turut sama berkongsi pentas, daripada situ saya tahu, artis di sini juga ramai yang berpotensi besar,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana artis Malaysia, deejay popular ini mengakui sentiasa berbesar hati untuk tujuan itu.

“Saya menerimanya dengan tangan terbuka. Asalkan dia tahu muzik dan tahu menyanyi, saya senang,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya