73 buruh paksa termasuk 22 kanak-kanak diselamatkan

73 buruh paksa termasuk 22 kanak-kanak diselamatkan

ANTARA serbuan Op Mega Pintas yang dijalankan di seluruh negara oleh Bahagian D3, Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 12 Jun lalu. – SADDAM YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 73 individu termasuk 22 kanak-kanak dipercayai dieksploitasi sebagai buruh paksa diselamatkan polis dalam serbuan berasingan di seluruh negara pada 12 Jun lalu.

Op Mega Pintas dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu melibatkan 33 serbuan serentak membabitkan 14 kontinjen.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus berkata, dalam operasi itu, 73 mangsa diselamatkan terdiri daripada 25 lelaki, 26 perempuan dan 22 kanak-kanak.

Katanya, kesemua mereka terdiri daripada warga tempatan, Filipina, Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Myanmar dan Thailand.

“Selain itu, polis menyelamatkan tiga orang kurang upaya berusia 38 tahun hingga 44 tahun, masing-masing seorang wanita dan dua lelaki dipercayai terlibat dalam eks­ploitasi seks serta buruh paksa.

“Kesemua mangsa diselamatkan mengikut Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM),” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, semalam.

Menurut Fadil, pihaknya turut menahan 113 individu terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 dan 14 Akta ATIPSOM 2007, Seksyen 55b, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN