KAJANG: Seramai 70 individu termasuk warga emas telah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ketika sedang leka berkhayal dalam serbuan ke atas empat ‘port’ dadah di sekitar Selangor di sini, semalam. Kesemua yang ditahan terdiri lelaki tempatan berusia lingkungan 25 hingga 65 tahun yang kebanyakannya bekerja sebagai pemandu lori, pekerja kilang dan penganggur. Operasi bermula seawal tiga pagi itu dijalankan AADK Hulu Langat dengan bantuan anggota dan pegawai daripada AADK Gombak, AADK Kuala Langat serta AADK Sepang berakhir 8 malam semalam. Serbuan dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Jabatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya