KUALA KANGSAR: Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidiladha dirasai kira-kira 50 isi rumah golongan miskin di kawasan Lubuk Merbau, dekat sini apabila mereka menerima sumbangan daging seberat dua kilogram, kelmarin. Sumbangan tersebut diberikan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perak menerusi Program Ziarah Kasih Ihsan Aidiladha 1445H yang diadakan di kawasan itu. Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Perak, Mazlan Zurin Zulkifli berkata, pemberian itu dibuat supaya penerima boleh membuat persiapan awal menjelang tarikh sebenar Aidiladha esok. Katanya, Pejabat Pembangunan Negeri Perak adalah agensi negeri Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bawah Jabatan Perdana Menteri sentiasa berusaha…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya