33 ekor lembu korban 'ditumbangkan' Bomba

33 ekor lembu korban ‘ditumbangkan’ Bomba

SEBANYAK 33 ekor lembu korban 'ditumbangkan' Bomba. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Sebanyak 33 ekor lembu dan empat ekor kambing ditumbangkan pada Program Ibadah Korban Sentuhan Kasih P113 Sepang bersama KPKT dan Bomba 2024, hari ini.

Lebih menarik, ia program korban terbesar pernah dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membabitkan balai bomba dan penyelamat di seluruh negara.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, program itu disertai tiga komuniti membabitkan JBPM, KPKT dan Parlimen Sepang.

Beliau berkata, program ini dilaksanakan dengan konsep #strongertogether yang diterapkan KPKT.

“Program ini bukan sahaja terbesar di peringkat ibu pejabat bomba tetapi di semua balai bomba dan penyelamat di seluruh negara,” katanya.

Katanya, seramai 300 anggota bomba dikerahkan untuk program korban ini selain dimeriahkan dengan kehadiran 1,000 jemputan termasuk 600 asnaf.

Terdahulu, pada program itu, Dua ekor lembu ‘sado’ ditumbangkan dimana setiap seekornya bernilai lebih RM10,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya