300 peserta Asean kongsi amalan tadbir urus alam sekitar serantau - Utusan Malaysia

300 peserta Asean kongsi amalan tadbir urus alam sekitar serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 300 peserta negara Asean termasuk Hong Kong dan China bertukar ilmu serta maklumat berhubung kaedah meningkatkan kesedaran tentang Tadbir Urus Alam Sekitar dan Sosial (ESG) serta berkongsi amalan terbaik melestarikan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corporation Malaysia (SME Corp), Rizal Nainy berkata, ESG bukan hanya keperluan perniagaan, bahkan inisiatif untuk pengukuhan jenama, selain membantu mengurangkan kos operasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam jangka masa panjang.

Jelasnya, perkongsian pintar membabitkan bengkel dan sesi dialog anjuran SME Corporation Malaysia (SME Corp) direalisasikan bagi memberi pulangan lebih baik kepada PMKS di negara ini dalam usaha mengurangkan kos operasi.

“Kebersediaan dengan ESG juga merupakan kelebihan buat PMKS mengakses pasaran tempatan dan global sekali gus mendorong SME Corp. Malaysia melancarkan Panduan Pantas ESG bagi memudahkan penerimaan amalan ESG.

“Informasi ini boleh dimuat turun secara percuma di laman web SME Corp. Malaysia bahkan MSME yang aktif mengintegrasikan amalan ini berpotensi menerima anugerah khas di bawah Program Enterprise 50, Anugerah E50 Terbaik untuk Amalan ESG,” katanya.

Majlis pelancaran bertepatan sambutan Hari PKMS Antarabangsa 2024 tersebut dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Dalam ucapannya, Ewon berkata, Asean komited mempromosikan kelestarian di rantau ini melalui pelbagai inisiatif. termasuk menggalakkan pemain industri mengamalkan ESG sebagai langkah memperkukuhkan komitmen terhadap Agenda 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Agenda itu antaranya adalah menerusi Pembangunan Mampan dan Perjanjian Paris di bawah Rangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).

“Mempercepatkan penerimaan ESG juga merupakan antara inisiatif yang dirancang di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021 hingga 2025,” katanya.

Pada majlis bertemmakan Memperkasakan Kelestarian PKS, peserta iaitu pegawai kerajaan, pakar ESG, pemilik PMKS, wakil institusi kewangan dan ahli akademi mencari pendekatan mendidik peserta tentang kepentingan amalan, pembangunan strategi, serta pengukuran dan pemantauan prestasi ESG.

Sesi dialog juga menumpukan pada pembangunan cadangan dasar untuk menggalakkan penerimaan amalan ESG dalam kalangan PMKS, berkongsi kisah sepanjang perjalanan ESG, selain menonjolkan usaha kerajaan serta agensi berkaitan di rantau ini.

Penceramah serta pakar terkemuka turut diundang bagi berkongsi pandangan berkenaan amalan terbaik, cabaran, dan cadangan dalam sesi perkongsian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya