HULU TERENGGANU: Jumlah keluarga miskin tegar yang direkodkan di Terengganu dalam sistem eKasih adalah seramai 1,890 isi rumah setakat ini. Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu, Abdul Kahar Abdul Latif berkata, jumlah berkenaan berkurangan berbanding statistik asal pada Januari tahun ini iaitu sebanyak 7,426 keluarga. Menurutnya, penurunan jumlah keluarga miskin tegar itu disebabkan beberapa faktor antaranya pengemaskinian bantuan agensi pemberi bantuan dan aktiviti pemutihan pihak Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu. “Kita juga berharap kerjasama semua pihak dalam usaha menoktahkan kemiskinan seperti dihasratkan Perdana Menteri menjelang tahun 2025 dapat dirasionalisasikan,” katanya. Beliau berkata demikian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya