KLANG: Sebanyak 18,642 permohonan diterima bagi bantuan tunai Budi Agri-Komoditi yang dilaksanakan kerajaan susulan pelaksanaan pelarasan subsidi diesel setakat ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, permohonan itu antaranya melibatkan golongan petani dan pekebun kecil di seluruh Semenanjung. “Rekod terbaharu mendapati jumlahnya sudah banyak dan berharap lebih ramai lagi membuat permohonan itu. “Kita (kementerian) semestinya akan membantu memudahkan urusan kepada pemohon inisiatif kerajaan itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Fest, semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya