168 jururawat asing terlatih lulus berkhidmat di negara

168 jururawat asing terlatih lulus berkhidmat di negara

LUKANISMAN meninjau pameran sempena Persidangan Kejururawatan Malaysia Singapura Ke-7 di Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 168 jururawat asing terlatih dari luar negara diluluskan setakat ini untuk berkhidmat di negara ini bagi memenuhi keperluan sektor kesihatan swasta.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, jumlah itu bertambah daripada 101 jururawat yang diluluskan sekitar Mei lalu.

Beliau berkata, kelulusan itu diberikan selepas melalui beberapa proses permohonan dan saringan ketat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka ditawarkan lesen pengalaman kejururawatan dan kini sedang melalui proses perlindungan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Sebaik selesai, mereka akan ditempatkan dan berkhidmat di klinik-klinik kesihatan swasta yang memohon untuk mendapatkan khidmat jururawat asing itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Persidangan Kejururawatan Malaysia – Singapura ke-27 di sini, hari ini.

KKM sebelum ini mengumumkan kelonggaran bersyarat sementara kepada kemudahan kesihatan swasta untuk mengambil jururawat terlatih warga asing.

Menurutnya, kekurangan tenaga kerja jururawat di sektor awam dan swasta memberi kesan besar terhadap penyampaian perkhidmatan kesihatan secara efektif di negara ini.

Bagaimanapun, KKM menetapkan pengambilan jururawat terlatih warga asing tidak boleh melebih 40 peratus di setiap fasiliti dan sah bagi tempoh 12 bulan sahaja, iaitu sehingga 30 September 2024.

Setakat ini, antara negara sumber bagi tujuan berkenaan adalah India, Sri Lanka, Filipina dan Indonesia dengan syarat mereka melepasi ujian ‘Malaysian Nursing Board Qualification Examination for Foreign Trained Nurses’ yang dikendalikan Lembaga Jururawat Malaysia.

Isu kekurangan jururawat di sektor kesihatan swasta telah lama dibangkitkan pelbagai persatuan dalam rangkaian industri perubatan swasta dan ia harus segera diatasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya