129 pelajar SMK Serada teruja dilantik pemimpin muda

129 pelajar SMK Serada teruja dilantik pemimpin muda

SEBAHAGIAN pelajar bergambar selepas menerima watikah pelantikan pemimpin muda di SMK Serada, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 129 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serada, Kuala Terengganu teruja dilantik sebagai pemimpin muda untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh guru dan sekolah pada tahun ini.

Pelajar yang dipilih itu memegang tugas dan tanggungjawab dalam enam kategori iaitu pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya (PRS), pengawas pusat sumber, pengawas koperasi, pengawas skim pinjaman buku teks (SPBT) serta ketua dan penolong kelas.

Pemimpin muda berwibawa yang dipilih itu merupakan dalam kalangan pelajar dari tingkat satu hingga tiga dan mereka menjalani temu duga serta tapisan yang ketat pihak pengurusan sekolah sebelum dilantik memegang jawatan tersebut.

SMK Serada yang mempunyai seramai 267 pelajar dan 21 guru itu dibuka secara rasmi pada 10 Mac lalu.

Ketua murid dan ketua pengawas, Shakir Qusyairi Shaari, 15, berkata, dia berbangga apabila diberi kepercayaan pihak pengurusan SKM Serada untuk memikul tanggungjawab tersebut dan bersedia melaksana tugas tersebut dengan efektif.

Menurutnya, walaupun mempunyai pengalaman sebagai pengawas di tingkat satu dan dua di SMK Padang Midin, dekat sini pada 2022 dan 2023, namun tugas baharu yang dipikul ini cukup mencabar.

Bagaimanapun, katanya, dia akan tetap berusaha untuk menjadi ketua murid dan ketua pengawas yang terbaik dengan bimbingan guru-guru di sekolah ini.

“Saya akan berusaha untuk menjadi seorang pemimpin muda berketrampilan dan memiliki daya kepimpinan yang tinggi iaitu bukan sahaja di sekolah ini, malah di luar sekolah termasuk selepas menamatkan alam persekolahan hasil tunjuk ajar guru-guru,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sementara itu, ketua PRS, Ahmad Fakhrullah Azman, 15, berkata, dia berazam untuk melaksanakan amanah dan kepercayaan yang diberikan dengan sempurna untuk kebaikan rakan-rakan dan sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN