1,126 murid tadika terpilih mengerjakan ‘haji’

1,126 murid tadika terpilih mengerjakan ‘haji’

MURID -murid tadika melakukan tawaf dibantu oleh guru sempena Program Simulasi Haji Cilik anjuran PERTIM di Masjid Al Jawaher, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Laungan Labbaikallah Humma Labbaik memecah keheningan pagi di Masjid Al Jawaher, Taman Mutiara Rini Johor Bahru apabila murid muirid tadika yang dipilih mengerjakan ‘haji’ baru-baru ini.

Sebenarnya laungan keramat panggilan haji itu adalah daripada 1,126 murid tadika terpilih mengerjakan ‘haji’ sempena menyambut kedatangan 11 Dzulhijjah iaitu Hari Raya Aidiladha.

Walaupun masih kecil murid-murid ini yang berumur 5 hingga 6 tahun begitu semangat mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Diadakan di Masjid Al Jawaher, Taman Mutiara Rini, murid-murid daripada 41 buah tadika dari seluruh Johor berkumpul mengerjakan ‘haji’ secara simulasi.

Pengerusi Persatuan Tadika Islam Malaysia Johor (PERTIM) Ramlah Abdul Rahim berkata, program simulasi haji dalam kalangan murid-murid prasekolah yang diadakan ini dapat menyuntik semangat dalam kalangan mereka untuk mengerjakan haji satu hari nanti.

Menurut Ramlah, murid-murid prasekolah ini diberi pendedahan bagaimana mengerjakan haji yang sebenar.

“Program simulasi Haji Cilik ini dapat membimbing murid-murid ini mengerjakan haji dan memberi motivasi untuk menabung bagi menunaikan fardu haji satu hari kelak.

“Ini masuk tahun ketujuh program simulasi haji cilik diadakan secara praktikal, sebelum ini murid-murid didedahkan terlebih dahulu pengenalan haji disekolah,” katanya kepada Utusan Pelajar di Masjid Al Jawaher, Taman Mutiara Rini.

Jelas beliau, semua murid akan membuat rukun haji sebenar bermula dari pendaftaran di imigresin, pergi tapak wukuf dan ke muzdalifah untuk mengutip sebanyak 21 anak batu bagi tujuan melontar tiga jamrah.

Akhir sekali murid-murid akan mengerjakan saie, bertawaf dan bertahlul sebelum ke tapak mengerjakan ibadah korban.

“Tadika yang terlibat terdiri dari tadika swasta dan juga Kemas dan tadika Perpaduan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, program simulasi haji cilik ini berjalan serentak di Selangor, Perak, Kedah, Penang, Melaka dan Johor yang merupakan

Acara tahunan tadika bersama dengan PERTIM. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN