LAMBAKAN kes perceraian yang berlaku sekarang ini membuktikan masalah rumah tangga yang gagal ditangani membuatkan semakin ramai pasangan suami isteri yang memilih untuk membawa haluan masing-masing. Terpanggil berkongsi pengalaman, pelakon dan pengacara, Yasmin Hani yang bergelar ibu tunggal sejak hampir empat tahun lalu memaklumkan perceraian bukan satu keputusan yang mudah dibuat dan memerlukan kewarasan akal sebelum keputusan itu diambil. Katanya, paling penting adalah kemampuan bekas pasangan suami isteri untuk mengekalkan hubungan baik demi kemaslahatan anak-anak. “Meskipun sudah tidak lagi bergelar suami isteri, saya dan bekas suami bertekad untuk kekalkan hubungan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya