Warga asing beli MyKad RM50,000

Warga asing beli MyKad RM50,000

BADRUL Hisham Alias (dua, kanan) menyampaikan MyKad kepada penduduk melalui Program Mekar di Pulau Perhentian, Besut, semalam. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan terdapat warga asing sanggup membeli satu kad pengenalan Malaysia (MyKad) pada harga RM50,000 untuk menetap di negara ini.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Badrul Hisham Alias berkata, warga asing terlibat dipercayai membeli MyKad dengan sindiket untuk membolehkan mereka ‘bebas’, selain mendapatkan pekerjaan di negara ini.

Katanya, aktiviti penjualan MyKad tersebut terbongkar menerusi tangkapan warga asing dalam beberapa operasi sebelum ini dengan  JPN telah mengesan 290 kes penyalahgunaan Mykad di seluruh negara sejak 2020 sehingga kini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 197 melibatkan penyalahgunaan Mykad palsu dan 93 lagi kesalahan menggunakan MyKad milik orang lain,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Pulau Perhentian, di sini semalam.

Pada program itu, JPN menyerahkan dokumen pengenalan diri itu kepada 32 penduduk di pulau peranginan itu.

Badrul Hisham memberitahu, pihaknya mengambil pelbagai inisiatif bagi menangani masalah MyKad palsu di pasaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya