PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas motosikal ditungganginya kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Greenwood menghala ke Sri Gombak dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohd Nasir berkata, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.45 petang membabitkan sebuah lori jenis Nissan dan motosikal Yamaha Ego LC. Katanya, hasil siasatan mendapati semasa kejadian, lori dipandu seorang lelaki berusia 64 tahun itu dalam perjalanan dari Sungai Pusu menuju ke Kepong. “Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu lori terdengar bunyi dentuman yang kuat pada bahagian hadapan sebelah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya