BALIK PULAU : Seorang peniaga wanita didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan lucah berupa mainan seks, kira-kira tiga bulan lalu. Tertuduh, Sarah Phoon, 29, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting melalui seorang jurubahasa. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki alat-alat lucah iaitu berupa peralatan mainan seks sebanyak 102 unit di premis yang beroperasi di sebuah pusat belah-belah popular di Bayan Lepas, kira-kira pukul 2.30 petang, 6 Februari lalu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya