LOS ANGELES: Penyanyi lagu Colors of The Wind, Vanessa Williams kembali mengubat rindu peminat menerusi sebuah lagu baharu berjudul Legs (Keep Dancing). Lagu itu diterbitkan selepas kali terakhir penyanyi itu masuk ke studio rakaman sekitar 15 tahun lalu. Kata Vanessa atau nama sebenarnya, Vanessa Lyn Williams, tanpa usaha sendiri, lagu tersebut mungkin tidak direalisasikan. “I5 tahun adalah tempoh yang cukup panjang, lama juga saya menunggu tawaran rakam lagu. “Tiba masa saya berhenti menunggu dan mula usahakan semuanya sendiri,” katanya kepada Entertainment Tonight. Legs (Keep Dancing) diterbitkan sekitar hujung bulan lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya