CALIFORNIA: Perang dingin antara Universal Music Group (UMG) dan TikTok akhirnya terlerai apabila masing-masing berjaya mencapai kata sepakat menerusi satu persetujuan penerbitan pada Rabu. Menerusi perjanjian itu, UMG kini membenarkan pengguna untuk mengakses kesemua lagu yang diterbitkan label tersebut di TikTok selepas tiga bulan menyekat kebenaran gara-gara keengganan platform media sosial itu membayar royalti yang sewajarnya kepada artis. TikTok berjanji akan memberi imbuhan yang wajar kepada UMG dan artis mereka serta membuka lebih banyak peluang urus niaga dalam talian artis berkenaan. Bukan itu sahaja, aplikasi berkenaan juga akan mengukuhkan aspek…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya