UMNO terus hilang pengundi ‘putih’?

UMNO terus hilang pengundi ‘putih’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: UMNO dikatakan berdepan situasi serupa semasa pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu apabila pengundi yang menjadi simpanan selamat mereka, dipercayai kembali menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Ketua Portfolio Culaan dan Konsensus PN, Nurul Syazwani Noh mendakwa, culaan terbaharu jenteranya menjelang PRK di kawasan berkenaan menunjukkan sokongan berterusan pengundi Melayu khususnya penyokong UMNO kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PN.

Katanya, reaksi itu diperoleh menerusi culaan di kesemua 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

“Hasil culaan kami nampak pengundi Melayu dan penyokong UMNO khususnya memang sudah sangat positif ke arah PN terutama di PDM yang mempunyai majoriti pengundi kelompok tersebut.

“Ketika culaan dibuat, ramai yang menyatakan rasa marah dan kecewa dengan tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon MCA di kawasan tersebut kerana sebelum ini mereka berharap demikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelas Nurul Syazwani, tidak timbul soal perkauman dalam kalangan kumpulan pengundi itu apabila mereka selama ini tiada masalah membarisi jentera BN untuk menyokong calon MCA pada siri pilihan raya sebelum ini.

Malah, mereka turut dilihat mempersoal pendirian BN dalam Kerajaan Perpaduan dan kecewa dengan keputusan dibuat oleh pimpinan parti itu.

Selain itu, Nurul Syazwani yang juga Ketua Penerangan Srikandi Bersatu mendedahkan, culaannya turut mendapati sebahagian besar penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) mula mengalih pandangan kepada PN selepas kecewa dengan Kerajaan Perpaduan.

“Mereka tidak lagi percaya kepada Kerajaan Perpaduan atau PH apabila mereka menjadi kerajaan keadaan didakwa menjadi lebih teruk dengan tekanan ekonomi dan harga barang.

“Ditambah pula dengan cadangan pelaksanaan subsidi bersasar iaitu apabila blanket subsidi yang dinikmati mereka selama ini dikhuatiri tidak lagi diperoleh, malah sebahagian mereka juga tidak pasti sama ada layak dapat ataupun tidak,” jelasnya.

Tambahnya, komuniti India menunjukkan sikap yang lebih terbuka untuk menyokong PN berbanding masyarakat Cina yang dilihat memendam perasaan dan akan menterjemahkannya ke dalam peti undi pada 11 Mei nanti.

“Kemudian ketika lawatan jentera PN ke kawasan PDM yang mempunyai penduduk asal, terdapat kelompok Orang Asli sanggup mengumpulkan pemimpin-pemimpin komuniti mereka bertemu dengan pimpinan parti.

“Mereka menyatakan hasrat dan meluahkan perasaan bukan sahaja mahukan perubahan tetapi menunjukkan isyarat sokongan kepada PN dan kekecewaan terhadap kerajaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nurul Syazwani turut menyeru pengundi muda yang sebahagian besarnya tinggal di perantauan supaya pulang untuk mengundi pada PRK, Sabtu hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya