UMNO Perlis tidak akan main politik isu MB, serah SPRM - Utusan Malaysia

UMNO Perlis tidak akan main politik isu MB, serah SPRM

FATHUL BARI MAT JAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: UMNO Perlis berpendirian tidak akan mempolitikkan isu Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan salah guna kuasa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, parti tersebut berpandangan bahawa kes tersebut bukannya sesuatu yang perlu diraikan.

Katanya, UMNO negeri menyerahkan sepenuhnya kes berkenaan kepada SPRM bagi menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Saya juga nasihatkan supaya kita tidak perlu menzahirkan kegembiraan ke atas masalah atau musibah menimpa atas orang lain, kita fokus kepada kerja kita.

“Malah, Badan Perhubungan UMNO negeri juga telah membuat pendirian di mana perkara-perkara seperti ini bukan untuk kita raikan dan kita serah siasatan kepada SPRM,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Mohd. Shukri diambil keterangan oleh SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Terdahulu, media melaporkan mengenai penahanan reman anak kepada Menteri Besar Perlis bersama seorang pegawai kanan kerajaan negeri dan empat individu lain bagi membantu siasatan berhubung kes berhubung kes pemalsuan dokumen tuntutan palsu.

Dalam pada itu, Fathul Bari yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar berkata, antara pengajaran yang boleh diambil menerusi kes tersebut adalah tentang kepentingan bagi mana-mana kerajaan secara umumnya untuk menampilkan pemimpin yang mempunyai prestasi.

Katanya, ini adalah bagi mengelakkan pemilihan pemimpin berdasarkan sentimen yang tidak membawa ke arah pentadbiran lebih baik berbanding sebelumnya.

“Kecekapan mentadbir penting kerana itu asasnya kepada amanah, sebab kalau tak korup atau rasuah tapi tak pandai mentadbir pun macam mana kan?

“Jadi dengan asas itu dan ditambah dengan ilmu pengurusan pentadbiran, kecekapan tadbir urus maka ini akan menjadi elemen penting dalam pengurusan sesebuah negara mahu pun negeri,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya