PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru hari ini. Menerusi satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka mendoakan kedua-dua anggota polis tersebut ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan syuhada. “Al-Fatihah buat dua wira negara yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka. Terdahulu, dua anggota polis maut manakala seorang lagi cedera selepas mereka diserang seorang lelaki yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya