KOTA BHARU: Kekurangan doktor didakwa menyebabkan rata-rata pesakit mengambil masa agak lama untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik setiap kali menghadiri temu janji mengikut jadual yang ditetapkan. Perkara itu diakui sendiri oleh seorang pesakit, Siti Ramlah Ahmad, 64, dari Tanah Merah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Siti Ramlah berkata. situasi itu menyebabkan dia terpaksa menunggu sehingga pukul 1 petang termasuk untuk mendapatkan ubat. “Saya datang bersama anak pada pukul 8 pagi dan baru selesai pukul 1 selepas berjumpa doktor dan mengambil ubat. “Saya akui memang lama, tetapi apa boleh buat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya