BALING: Seorang tukang kayu maut apabila motosikal yang dia tunggang dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Ketemba, Tawar, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 10.27 pagi itu, mangsa, Mohamad Zaronizam Abu Hasan, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada anggota badan. Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR datang dari arah rumahnya di Kuala Ketil menghala ke tempat kerja di Kupang. Katanya, kenderaan pacuan empat roda jenis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya