PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melaksanakan sesi libat urus bagi menilai cadangan penubuhan Universiti Al-Quran Malaysia dengan pihak-pihak berkepentingan. Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, perkara itu antara langkah inisiatif kerajaan terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memperkukuh sistem pendidikan tahfiz. Beliau berkata, pada masa ini, dasar berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa agama Islam negeri termasuk persatuan tahfiz. “Bagi memperkasa kemahiran pengurusan, pembelajaran dan pengajaran dalam kalangan guru tahfiz dan pengurusan tahfiz, Jakim dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Aminuddin Baki melaksanakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya