Tiga lagi anggota kastam dituduh terima rasuah untuk tidak periksa lori di KLIA - Utusan Malaysia

Tiga lagi anggota kastam dituduh terima rasuah untuk tidak periksa lori di KLIA

Kastam rasuah
MOHD. Naszrizal Othman, Marzuki A. Kadir dan Ahmad Samirrudin Muhammad Japri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan suapan berjumlah RM8,600, di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiga lagi anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berpangkat Pegawai Kastam Kanan dan Pembantu Penguasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas 24 pertuduhan rasuah membabitkan RM8,600 sepanjang Januari 2017 hingga April tahun lalu. Mohd. Naszrizal Othman yang berdepan lima pertuduhan, Marzuki A. Kadir (10) dan Ahmad Samirrudin Muhammad Japri (sembilan), mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud. Mengikut pertuduhan, Mohd. Nasrizal, 37, yang bertugas sebagai Pembantu Penguasa Gred WK19 didakwa menerima suapan RM1,150 secara berperingkat antara…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya