PETALING JAYA: Pelakon dan personaliti TV terkenal, Wardina Safiyyah menyelar tındakan segelintir pihak yang menyenaraikan dirinya ke dalam selebriti yang perlu diboikot kerana didakwa pernah mempromosikan produk pro-Israel suatu ketika dahulu.
Menurutnya, tindakan yang dilakukan oleh pihak tertentu itu seolah-olah bukan untuk memberi kesedaran tetapi mengambil kesempatan untuk menjatuhkan segelintir selebriti di Malaysia.
“Sekarang bukan masa untuk kita menilai dan cuba untuk menjatuhkan orang lain,” ujarnya.
“Nama yang tersenarai dalam senarai #BlockoutMY itu pun sebenarnya bukan daripada pihak yang sah tetapi daripada pihak-pihak tertentu,” katanya.
Jelasnya, dia sedih apabila namanya juga turut disenaraikan di dalam senarai tersebut sedangkandia antara selebriti yang lantang menyuarakan isu penindasan Palestin.
“Mungkin bagi mereka, saya kurang bersuara terhadap isu di Gaza. Selepas ini saya akan cuba menyuarakan lebih banyak lagi isu ini menerusi platform sosial media saya.
“Tetapi itu bukan sebab untuk masyarakat menilai dan cuba untuk membenci saya,” katanya.
Dalam pada itu, bercakap tentang jawapan pengacara, Awal Ashaari yang menyebut namanay dalam sebuah video di media sosial, Wardina beranggapan selebriti terkenal tersebut tidak bermaksud untuk menjatuhkannya.
“Bagi saya, Awal Ashaari tidak tahu untuk menjawab soalan daripada pihak media, sebab itu dia terpaksa sebut nama saya,” jelasnya.