KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) dipaksa bekerja keras sebelum menang 3-1 ke atas Perak untuk memulakan kempen Liga Super dengan langkah kanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, sebentar tadi. Kemenangan itu dibantu jaringan berkelas dunia oleh Nurillo Tukhtasinov seawal minit keenam yang melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti hasil umpanan Faris Rifqi Abdul Rashid. Gol awal itu gagal dimanfaatkan TFC yang membenarkan pelawat kembali dalam permainan mujur tandukan Luiz Henrique berpunca hantaran Luciano Guaycochea menggegar palang minit ke-38. Seminit kemudian Perak memiliki satu lagi peluang keemasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya