Terima perintah mahkamah, Sarah Yasmine diarah tutup mulut - Utusan Malaysia

Terima perintah mahkamah, Sarah Yasmine diarah tutup mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Singapura memerintahkan wanita yang dipercayai bekas kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine, agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi yang melanda pelakon berkenaan. 

Sarah yang memaklumkan perkara itu berkata, arahan tersebut dikeluarkan mahkamah berkenaan menerusi satu notis yang berkuat kuasa 29 April lalu.

“Saya tidak dibenarkan komen mengenai Aliff termasuklah apa yang dikatakannya menerusi temu bual dalam sebuah podcast baru-baru ini. 

“Saya sudah terima notis perintah untuk tidak lagi bercakap tentangnya.

“Saya pun sudah tidak ambil kisah tentang Aliff,” katanya.

Sarah dalam pada itu memaklumkan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang sebelum ini menconteng arang ke mukanya.

“Apa yang saya boleh kata, biar Allah tunjuk kebenaran. 

“Walaupun saya diam, saya akan ambil tindakan undang-undang kepada orang tertentu. Jika ada rezeki, saya nak fokus kerja dahulu,” tambahnya.

Terdahulu, menerusi podcast The Common Folks, Aliff mengakui sekitar Januari lalu telah menjalin hubungan dengan Sarah.

Pelakon itu dalam kenyataan menerusi podcast berkenaan meluahkan rasa terkejut  dengan tindakan Sarah yang menyebarkan perbualan peribadinya selain menyifatkan ibu tunggal itu hanya mahukan populariti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya