Tangan dihulur, awak yang menolak - Utusan Malaysia

Tangan dihulur, awak yang menolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIK Bunga, sejujurnya, bukan tak pernah cuba memahami situasi ‘tragedi hitam’ yang pernah menimpa pelakon, Puteri Balqis yang sebelum ini mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa amang seksual ketika kecil.

Daripada satu cerita ke satu cerita, Cik Bunga pasti, ramai setuju bahawa untuk kes seperti itu, seharusnya mendapat campur tangan dan siasatan telus daripada pihak berkuasa sekiranya laporan sudah dibuat.

Maklum sahajalah, kalau orang luar campur tangan, bimbang dikata mengganggu siasatan pihak berkuasa pula.

Malah, Cik Bunga juga pasti, menerusi pendedahan yang pernah dibuat sebelum ini, ia turut membuka ruang untuk beberapa pihak lain tampil membantu.

Bagaimanapun, ada kalangan orang industri maklumkan, antara masalah yang menyebabkan isu tersebut sukar diselesaikan kerana pelakon berkenaan termasuk ibunya, Norashikin, bersikap menolak bantuan yang telah dihulurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Jadi, di sini Cik Bunga kurang faham. Jika Balqis dan ibunya berterusan bersikap begitu, bagaimana pula kita mahu cuba selesaikan isu yang sedang dihadapi? Bertahun-tahun, bukan sehari dua punya hal.

Maka, apabila melihat Norashikin mengadu dan menangis di media sosial baru-baru ini, Cik Bunga jadi tak faham.

Mengapa diungkit hal ‘tiada orang nak bantu kes’ sedangkan bila ada pihak yang cuba nak bantu, awak menepis tangan yang dihulur?

Begitu juga apabila ada pihak media yang difahamkan cuba menulis mengenai perkara tersebut tetapi sebaliknya dicop pula sebagai lalang?
Terus-terang, Cik Bunga jadi keliru dan tidak faham. Apa yang Balqis dan ibunya mahu sebenarnya?

Sebabnya, tidak adil untuk berterusan menuduh tiada orang membantu atau orang pandang sambil lewa sedangkan di sebalik tirai, awak tak mahu menerima bantuan atau sentiasa sangsi dengan pertolongan orang.

Susahlah jika begini…semua orang pula nampak jahat di mata awak. Entahlah, mungkin Balqis dan ibunya perlu buat satu sesi sidang akhbar untuk penjelasan lanjut. Mungkin boleh pertimbangkan cadangan Cik Bunga ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya