Tabika Kemas bakal laksanakan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - Utusan Malaysia

Tabika Kemas bakal laksanakan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

ASRAF Wajdi Dasuki (tengah) menunjukkan buku poket Hadis 40 Imam Al-Nawawi pada majlis pelancaran buku itu di UniSZA, Kuala Nerus, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 10,840 tabika kemas di seluruh negara akan melaksanakan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi secara berperingkat pada tahun ini.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asraf Wajdi Dasuki berkata, pada peringkat awal, sebanyak 4,145 yang melibatkan seramai kira-kira 80,000 pelajar akan memulakan modul tersebut pada Jun ini.

Menurutnya, guru-guru di tabika tersebut akan mengikuti latihan bagi mengendalikan modul tersebut sebelum modul tersebut dilaksanakan.

“Modul tersebut diperkenalkan bagi mengimarahkan usaha membentuk masyarakat Madani dengan memupuk penghayatan hadis bermula daripada peringkat awal persekolahan.

“Penghayatan hadis pada peringkat awal sekolah merupakan tindakan proaktif bagi
melahirkan generasi muda Islam cerdik agama berpegang kepada kefahaman ajaran Islam yang syumul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri merasmikan pelancaran buku poket Hadis 40 Imam Al-Nawawi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi memberitahu, modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi juga seiring dengan inisiatif Program Tabika Pra Tahfiz yang dilaksanakan bermula tahun ini.

Malah tambahnya, beliau turut berhasrat melaksanakan modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi dalam waktu terdekat kepada lebih 300 institusi pendidikan Mara termasuk Maktab Rendah Sains Mara; GiatMara dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara.

“Esok ada mesyuarat Majlis Mara dan saya akan terus mencadangkan Majlis Mara untuk terus laksanakan perkara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya