PETALING JAYA: Suspek pertama yang direman dua hari sehingga hari ini berkaitan kes simbah cecair dipercayai asid membabitkan penyerang kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Damansara di sini, Ahad lalu, didapati positif dadah. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang tamat perintah reman hari ini akan dibebaskan dengan jaminan polis. “Bagaimanapun, dia akan ditahan semula bersabit kes dadah. Kita akan mendapatkan perintah reman berkaitan penahanan itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Media semalam melaporkan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kejadian serangan terhadap pemain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya