IPOH: Perak menyasarkan kedudukan lima terbaik pada temasya Sukma Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, sasaran itu diletakkan kepada 828 atlet untuk membawa pulang antara 30 ke 35 pingat emas. Katanya, melalui sasaran itu, ia dapat memperbaiki pencapaian direkodkan pada edisi Sukma terdahulu di mana Perak berada pada posisi kelapan dalam senarai keseluruhan. “Bagi senarai pingat keseluruhan, kita belum lagi menetapkan secara spesifik jumlahnya, cuma sasaran kita adalah untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya