Subsidi bersasar hanya beri kesan pada T20, warga asing - Utusan Malaysia

Subsidi bersasar hanya beri kesan pada T20, warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesan daripada penyasaran subsidi diesel hanya dirasai oleh golongan T20 dan warga asing yang berada di dalam negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain dua kumpulan tersebut, pihak lain tidak akan terkesan dengan penyasaran subsidi dilakukan kerajaan.

“Yang tidak memperoleh manfaat daripada penyasaran subsidi diesel ini ialah T20, maknanya golongan terkaya di atas dan orang asing.

“Kalau ada rakyat yang terbeban (terutama) yang menggunakan diesel. Ada ruang untuk mereka rujuk kepada Kementerian Pengangkutan dan kementerian berkaitan supaya dapat dipastikan penyasaran subsidi bahan api diesel hanya mengesankan hanya orang kaya serta orang asing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan, malam ini.

Anwar berkata, pihaknya menjangkakan isu penyasaran subsidi diesel akan digempar-gempurkan oleh pihak lain.

“Insya-Allah saya dengan teman-teman dan Jemaah Menteri akan menjawab, kerana saya beri pengakuan sebaran penyasaran subsidi tidak harus membebankan rakyat yang terbanyak.
“Kalau dia tanya mengapa perlu? Kerana kita tidak mampu beri subsidi kepada golongan maha kaya dan warga asing,” katanya.

Kata beliau, sekiranya terdapat pihak lebih memilih untuk meneruskan dasar yang memperkaya golongan kaya dan orang asing maka perlu mengemukakan pilihan mereka itu kepada rakyat.

“Biar rakyat memilih sama ada untuk memilih dasar untuk memberi RM4 bilion dana yang diselamatkan itu langsung kepada rakyat atau mereka memberi kepada golongan maha kaya dan warga asing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya