GEORGE TOWN : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang hari ini menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff. Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pulau Pinang, Dr. Siti Nazariah Abdul Zalim kira-kira pukul 2 petang, di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. Susulan penyerahan notis berkenaan, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kerusi itu. Choo Kiang berkata, notis kekosongan DUN Sungai Bakap itu dimaklumkan kepada SPR…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya