Serik untuk bercinta? Tidak -Sufian Suhaimi - Utusan Malaysia

Serik untuk bercinta? Tidak -Sufian Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Sufian Suhaimi tidak pernah meletakkan titik noktah dalam usaha pencarian jodohnya walaupun sudah dua kali ikatan menuju pernikahan putus tengah jalan.

Kongsi penyanyi Terakhir itu, dia percaya kepada jodoh yang telah ditetapkan Tuhan selain setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajaran untuk dia fahami.

“Kalau nak kata serik itu tidak. Banyak saya belajar daripada setiap perhubungan. Saya lebih banyak bersabar dan tidak terburu-buru dalam buat keputusan.

“Alhamdulillah, biarpun kami bukan lagi tunangan tetapi hubungan sebagai rakan itu tetap baik. Saya fikir kematangan itu adalah kunci.

“Cuma kalau hendak kata cepat-cepat cari pengganti itu tidaklah. Saya ambil masa bertenang dahulu. Kita tidak tahu, jodoh itu bagaimana,” ujarnya.

Sufian sebelum ini mengesahkan hubungannya dengan teman wanita, Rania Al Sadat sudah berakhir pada awal Mac lalu.

Jelas Sufian, mereka sepakat dalam membuat keputusan tersebut dan urusan pemulangan cincin merisik juga sudah diselesaikan selepas dipersetujui kedua-dua belah keluarga.

Kami masih berkawan dan tiada isu antara satu sama lain. Cuma hubungan merisik itu sudah tiada dah.

“Cincin risik juga sudah dipulangkan. Semua pihak menerima dengan hati yang terbuka dan tiada rasa dendam.

“Ini keputusan bersama. Tiada isu bergaduh. Kami fikir perkahwinan bukan perkara boleh buat dengan tergesa-gesa,”kongsinya.—UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya