SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan semua pihak tidak mengulas kes Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga perbicaraan kes itu selesai. Hakim Datuk Aslam Zainuddin berkata, pihaknya menerima permohonan peguam yang mewakili Muhammad Sanusi, Awang Armadajaya Awang Mahmud yang memohon ‘gag order’ (perintah larangan bersuara) supaya semua pihak tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kes itu. “Saya mohon ‘gag order’ ini kerana ada pihak yang bercakap mengenai kes itu di luar mahkamah. “Manakala, anak guam saya tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya