Selidik dahulu, jangan tuduh melulu - Ella - Utusan Malaysia

Selidik dahulu, jangan tuduh melulu – Ella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ratu rock, Ella menasihatkan segelintir warganet untuk tidak menghukum dan terus menuduh melulu selebriti yang disenarai dalam gerakan blockout baru-baru ini.

Jelasnya, warganet seharusnya menyelidik secara teliti sebelum memboikot mana-mana pihak yang didakwa menyokong produk jenama pro-Israel dan tidak bersuara mengenai kekejaman Israel-Palestin.

“Nasihat saya, selidik dulu penglibatan mereka dengan jenama yang dikaitkan sebagai pro-Israel.

“Kita tak patut melemparkan tuduhan hanya kerana mereka terlihat seolah tidak mempedulikan Palestin secara umum.

“Mungkin sebab mereka ada sebab tersendiri,” katanya.

Ella berkata demikian ketika majlis pengumuman konsert baharunya, jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia yang bakal berlangsung 9 Ogos depan di Plenary Hall, KLCC.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 58 tahun itu mendedahkan pernah menolak tawaran lumayan beberapa jenama mewah antarabngsa yang dikaitkan dengan rejin Zionis tersebut.

“Saya pernah tolak beberapa tawaran jenama fesyen yang dikaitkan dengan Israel walaupun ditawarkan bayaran lumayan.

“Saya buat ini semua kerana prinsip dan saya pastikan produk saya wakili ada matlamat yang bersifat kemanusiaan sejagat.

“Sebab itu penting untuk kita memiliki pasukan bagi meneliti sebarang tawaran terlebih dulu sebelum terima,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya