TAIPING: Sekolah yang mencatat bacaan suhu kekal 37 darjah Celsius tiga hari berturut-turut akan ditutup susulan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, tindakan menutup sekolah tersebut diambil sesuai dengan garis panduan yang ditetapkan. “Sekolah yang mengalami suhu melebihi 37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut akan ditutup untuk kepentingan kesihatan warga sekolah. “Kementerian sentiasa memantau keadaan cuaca dari masa ke semasa di samping mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tentang keadaan cuaca,” katanya. Beliau berkata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya