Saya akan jalankan tanggungjawab penuh integriti - Azam Baki

Saya akan jalankan tanggungjawab penuh integriti – Azam Baki

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Azam Baki memberi jaminan untuk memastikan amanah pelantikan semula beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilaksanakan sepenuhnya.

Azam berkata, beliau turut berjanji untuk menjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.

“Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikan semula saya ke jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“SPRM juga berharap agar seluruh rakyat Malaysia serta jentera kerajaan, tanpa kompromi dapat berganding bahu bersama SPRM bagi memerangi jenayah rasuah di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memaklumkan, Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun berkuat kuasa mulai Isnin ini.

Pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya