PETALING JAYA: Sah! Ada masalah teknikal di Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor mengesahkan kompleks itu berdepan isu teknikal meliputi masalah bekalan elektrik dan kelembapan tinggi. Pengarah Kesihatan Selangor, Dr. Ummi Kalthom Shamsudin berkata, isu itu sedang ditangani dan diambil tindakan oleh kontraktor utama di bawah pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum pengoperasian di Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung HSIS dimulakan. “Walaupun Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung HSIS belum dapat digunakan, perkhidmatan pembedahan kardiotorasik masIh dilaksanakan di Dewan Bedah Kardiotorasik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya