SERDANG: Rungutan berhubung ketiadaan bekalan beras tempatan ketika ini berkurangan berbanding di peringkat awal beberapa bulan lalu. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, 140,000 tan stok padi dan beras yang diarah untuk diproses sudah berada dalam pasaran. Beliau mengakui terdapat kelompangan dalam sektor berkenaan, namun pihak Kawal Selia Padi dan Beras serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa memerhati dan cuba bertindak dengan segera. “Rungutan sekarang agak berkurangan sedikit dibandingkan peringkat awal dahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengembangan Veterinar dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya