PASIR SALAK: Seorang pengusaha menjahit pakaian mengalami kerugian kira-kira RM100,000 selepas mesin jahit dan bengkelnya rosak dalam kejadian ribut dan hujan lebat di pekan Chenderong Balai, dekat sini kelmarin. Kejadian ribut kira-kira pukul 5 petang itu turut menyebabkan beberapa buah rumah dan gerai penduduk mengalami kerosakan. Ramnah Mohd. Dauh, 62, yang menjalankan perniagaan menjahit pakaian menerusi pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, 10 unit mesin jahitnya di bengkelnya rosak terkena air hujan apabila bengkelnya rosak dilanda ribut. Katanya, ketika kejadian dia berada di dalam bengkel menyiapkan pakaian ditempah pelanggan. “Ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya