Rizky Febian, Mahalini nikah Ahad ini - Utusan Malaysia

Rizky Febian, Mahalini nikah Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan selebriti Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini bakal mendirikan zaman bujang mereka pada 5 Mei depan selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Memetik laporan CNN Indonesia, pasangan tersebut akan mengadakan majlis pernikahan di kediaman Mahalini di Bali dan akan dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat terdekat.

“Benar, mereka akan berkahwin pada 5 Mei ini di Bali.

“Majlis akan diadakan di Bali terlebih dahulu dan seterusnya majlis di Jakarta pula menyusul beberapa hari kemudian,” kata sumber yang juga ahli keluarga terdekat mereka.

Pasangan sama cantik sama padan itu mula menimbulkan spekulasi bakal bernikah dalam masa terdekat selepas Rizky berkongsi animasi latar biru seolah-olah foto buku nikah.

Duo selebriti popular ini juga melancarkan teaser lagu baharu, Bermuara hujung minggu lalu sekali gus menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Mahalini atau Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 24,mengikat tali pertunangan dengan Rizky pada 7 Mei tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama setahun tiga bulan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya