BUTTERWORTH : Cubaan seorang operator kilang warga Bangladesh memberi rasuah sebanyak RM249 kepada anggota polis Januari lalu membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman satu bulan penjara selain didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Tertuduh, Md. Sabber Rahman, 45, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah. Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara rasuah telah menawarkan satu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM249 kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal. Ia adalah sebagai dorongan supaya anggota polis itu tidak mengenakan tindakan undang-undang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya