Rakyat Singapura perlu waspada serangan di Ulu Tiram

Rakyat Singapura perlu waspada serangan di Ulu Tiram

Anggota polis memeriksa kelongsong peluru dalam kes tembakan menyebabkan dua anggota polis meninggal dunia manakala seorang suspek terbunuh Jumaat lalu. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kerajaan Republik ini menasihatkan rakyatnya yang berada atau dalam perjalanan ke Malaysia supaya sentiasa berwaspada selepas insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, semalam. 

Kementerian Luar Singapura (MFA) menerusi kenyataan akhbar menasihatkan rakyatnya supaya mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi memastikan keselamatan diri mereka, lapor Channel News Asia.  

Pihak kementerian mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbabit yang didalangi oleh anggota Jemaah Islamiyah (JI) sehingga mengorbankan dua anggota polis dan seorang lagi cedera parah. 

“Kami menzahirkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap anggota polis yang cedera kembali sembuh,” kata kementerian itu. 

Menurut MFA, pihaknya memantau rapat situasi itu bersama Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsul Jeneral di Johor Bahru.   

Rakyat Singapura yang mengunjungi Malaysia juga dinasihatkan untuk melakukan eDaftar di laman web MFA bagi memudahkan mereka untuk dihubungi ketika situasi kecemasan.

“Kami juga menggalakkan semua rakyat Singapura yang melancong ke luar negara untuk membeli insurans perubatan dan perjalanan yang komprehensif,” jelansya. -CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya