Raja Permaisuri Agong lawat anggota polis terima rawatan

Balai polis diserang: Raja Permaisuri Agong lawat anggota polis terima rawatan

RAJA Permaisuri Agong berangkat melawat Mohd. Hasif Roslan yang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan melawat anggota polis, Koperal Mohd. Hasif Roslan yang cedera dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini semalam.

Keberangkatan Seri Paduka di Hospital Sultan Ismail (HSI), disambut oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani.

Mohd. Hasif kini dipindahkan ke wad biasa setelah keadaannya semakin stabil.

Seri Paduka turut mengurniakan sumbangan peribadi daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan baginda kepada Mohd Hasif.

Raja Zarith Sofiah turut meluangkan masa bertanyakan khabar isteri anggota polis berkenaan.

Terdahulu, Seri Paduka berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua wira negara yang terkorban dalam kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya