IPOH: Polis Perak akan mempertingkat kawalan keselamatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis di negeri ini susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kawalan di 16 IPD dan 107 balai polis itu akan dikaji semula termasuk daripada aspek keanggotaan terutama melibatkan penugasan pada sebelah malam. Malah katanya, kajian juga dijalankan untuk meningkatkan pencahayaan di sekitar premis terutama di pintu masuk IPD dan balai polis selain membaiki pagar-pagar yang rosak. “Saya telah mengarahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya