SHAH ALAM: Polis sedang mengesan dua suspek dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee di sini, semalam. Ketua Polis Selangor, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada pukul 11.30 malam tadi. “Siasatan mendapati suspek dipercayai menggunakan kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) berwarna putih dan melarikan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15R seperti mana tular. Semasa kejadian mangsa dan ahli keluarga tiada dirumah,” katanya kepada pemberita, hari ini. Tambahnya, motosikal tersebut dilarikan salah seorang suspek sementara seorang lagi memandu MPV…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya