KUALA LUMPUR: Hasrat seorang lelaki mengaut untung besar menerusi jualan dadah yang diproses sendiri tidak kesampaian apabila dia diberkas polis pada 18 Mei lalu. Penahanan lelaki berusia 45 tahun itu turut membongkar sebuah unit kondominium di Bandar Baru Seri Petaling di sini dijadikan tempat memproses dadah. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 4.20 pagi itu, polis menemukan serbuk jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 2,301 gram diikuti pil ekstasi (108.4 gram) dan ketamin (20.60 gram) dengan nilai keseluruhan dadah yang dirampas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya