PADANG BESAR: Kerajaan menerusi Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa memantau keberadaan pelancong asing dari China dan India yang memasuki negara ini menerusi Pelan Liberalisasi Visa (PLV) dengan menggunakan data biometrik yang diambil sewaktu tiba di negara ini. Pemantauan tersebut adalah susulan timbulnya kebimbangan dalam masyarakat berhubung pengecualian syarat kemasukan pelancong dari negara berkenaan menerusi PLV yang dikhuatiri akan disalah guna antaranya dengan menetap secara lebih masa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan PLV adalah bertujuan bagi membangkitkan semula ekonomi negara ini menerusi sektor pelancongan dengan kehadiran pelancong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya