IPOH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menghantar satu pasukan untuk ke Kuwait berhubung cadangan mendapatkan pesawat tempur F/A-18 Hornet dari negara itu. Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, lawatan teknikal ke negara itu akan diadakan dalam masa terdekat dengan pasukan pelaksana dibentuk pada bulan hadapan. “Berkaitan pesawat tempur (Hornet) dari Kuwait, kerajaan telah berbincang dan kita kini dalam proses untuk membuat lawatan ke sana. Setakat ini, kita masih tunggu waktu yang sesuai. “Mungkin dalam bulan Jun ini (lawatan), insya-Allah, kita akan tubuhkan satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya